" Allah hears every unspoken word, sees every unseen wound, mends every unbearable pain "

Thursday 1 June 2017

7th of Ramadhan

Blog last updated, 1st March and now here I am updating this blog again after two months.
Assalamualaikum. 

Dua bulan dah dan hari ni hari yang ke tujuh aku dan yang lain lain berpuasa. 
Banyak benda jadi sejak first march tu sampailah hari ni. Aku tak nak taip kat sini apa jadi, sakitnya hati ni Tuhan je yang tahu. Pendamlah sorang sorang sebab tak ada orang yang kisahpun sebenarnya. 

cuma aku harap Tuhan dapat tunjuk jalan keluar dari semua belenggu ni sebab aku dah penat sangat dan tekad aku satu. Pengharapan tu jangan diletakkan pada manusia, hanya Allah semata. Aku akan anggap Tuhan hantar kawan kawan dekat aku, hantar perasaan bahagia seronok dekat aku semua tu sementara je untuk uji aku, sekarang ni let them go, break my own heart and ask God to give me strength. Sembuhkan sendiri, rawat sendiri, cari kekuatan tu sendiri sebab kau cuma ada diri sendiri je sebenarnya. 

Kuatlah jadi seorang manusia dan bergantunglah harap tu pada Allah semata. 
-- dah dahlah tu menangis. 
Biar Allah atur baik baik cerita hidup aku dengan semua, sebab aku dah cuba sehabis baik dengan cara aku. I failed again for idk berapa ribu kali. 

Habluminallah, Habluminannas.


Wednesday 1 March 2017

March 1st

Just those days that am feeling down.
I'm tired of pleasing other people, 
of trying so hard becoming someone I am not. 
I'm trying my best to change me, 
probably it will take months or years or forever. 
I don't know. 

I'm only human and life is a learning process.

I'm better off alone,
like I always do.
This feelings are to keep
to my very own self. 

Monday 27 February 2017

Peti Ais

Basically apa yang aku buat hari ni banyak ke arah restock barang dapur dan seharian memang kat dapur je lah, sampai kan bila dah tengah malam baru tersedar yang aku tak makan makanan berat langsung hari ni except for this creampuff, Beyoncepuff nama dia. I swear to God it is sooo good, aku ngap dalam kereta tu jugak, tak menyempat nak tunggu balik rumah. Harga yang chocolate RM8, yang vanilla RM6 beli di Cake Jalan Tiung, Seksyen 9 Shah Alam. Aku baru rasa yang chocolate, vanilla probably next time. 


Then balik rumah, aku masak untuk adik adik aku, lepas tu aku rombak peti ais. Itu je yang aku buat hari ni, Itu pun penat namatey, baru peti ais belum tempat lain. Aku tak tahulah macam mana nak hadap tempat lain. Kalau dah peti ais kecik segini pun aku ambek separuh hari nak settlekan, tempat lain confirm berhari hari.


Malam pulak pergi Karnival Geng Masjid, ada Ustaz Abdullah Khairi favv walaupun kekadang rasa macam lawak dia kasar but its okay janji sampai. Moderator paling tak leh blahh, lawak gila and gabungan yang da bomb pada aku, Syuk Syj dengan Atu Zero. kuikuikui tengah menaip ni pun rasa nak gelak. Bila dah malam barulah perut rasa lapar, dah start sakit. Eloklah tu buat perangai macam tu lagi kang gastik padan muka. So lepas habis forum aku lepak kedai makan pukul satu pagi makan sorang-sorang, sebab aku tahu lauk kat rumah dah habis, nak tak nak kena gak alas perut ni. Ibu abah tak balik lagi dari kampung so camtulah.. Seronok betul perasaan tak perlu bekerja pada esok hari ni HAHAHA!


Sebenarnya aku update blog ni sambil dengar radio, dan dan lah pulak lagu Sambutlah Kasih keluar time ni kan. Sejak aku dengar lagu tu masa birthday aku dalam kereta dengan dia, sampai lah ke hari ni, memang asyik lagu tu je lah yang diputarkan kat mana mana. Tak de maksud pape pun tapi tulah, aku teringat-ingat lah. Itu je. Suka sangat lagu tu sampai suruh dia google lagu dalam kereta okey semata-mata nak tahu tajuk lagu.

So, tajuk dia Sambutlah Kasih by Lovehunters.
Assalamualaikum.

Sunday 26 February 2017

Tak rajin

Aku baru perasan yang post terakhir aku tu salah tarikh padahal aku update pada hari kejadian, eh blog aku ni aip!

okey assalamualaikum.

Sebenarnya aku rajin je nak update blog hari hari, macam macam nak update tapi typeboard surface aku dah tak functioning so ini pun aku update blog guna laptop adik aku. Jam sekarang menunjukkan pukul 2.28 pagi dan aku berseorangan kat rumah, ibu abah balik kampung, adik aku dua-dua ekor keluar grr so aku boleh je kot nak keluar pergi Uptown Shah Alam ke, Uptown Danau Kota ke tapi masalahnya sekarang ni aku tengah cuba untuk disiplinkan diri sendiri. Seminggu duduk rumah lemau sikit lah sebab tak buat apa benda sangat, masak pun gitu gitu setakat sardin, telur goreng, telur masak kicap, sup sayur, nasi goreng, ikan goreng ekeleh semua orang boleh buat pipah. Tapi effort tu penting okay, EFFORT tu! Ingat aku rajin sangat ke nak masak haaa lagi lagi bila tak ada yang menghabiskan lauk lagilah zzz sangat kan.

Azam nak bangun 4 pagi terbantut, sebab not as easy as I think. So aku ubah, instead of bangun 4 pagi, aku cuba untuk kemas dapur siap siap sebelum tidur, as simple as that. Cuma satu je yang takleh elak akan bersepah jugak is, ruang tamu .. sebab ibu abah aku tidur situ so tilam bantal dan macam-macam lagi akan bersepah kat depan tu. Aku geram betul, bilik tidur atas bawah ada, nak tidur ruang tamu jugakkk, alahaiii lah ibu, alahai lah abah. Atas lantai tu jugaklah diorang nak baring lena rehatkan badan semua.

Hujan dua tiga hari ni buat aku stress sikit sebab baju banyak yang dibasuh, banyak yang di sidai, dua hari sidai tak kering kering grr. Tapi hujan kan rahmat tak baik tau aku ni, bila hujan turun aku tak yah siram pokok, bhahaha. Okay em. Lagi satu stress sebab ibu abah aku punya baju ya rabbi banyak gila aku rimas tengok, belilah hanger sejuta kali pun confirm tak cukup. Sekarang ni aktiviti merombak bilik tidur ibu abah aku tu memang in the list, nak rombak peti ais lagi, tak tengok lagi almari kasut kat belakang rumah, astaghfirullah nauzubillah kalau aku ada super power aku campak je almari tu dengan kasut kasut tu masuk tempat pembuangan sampah.

Aku kalau dah start mengemas mulalah nak membebel kan.
Ini belum kemas pun dah membebel.


semangat kerajinan cepatlah mai I need youu.

Friday 17 February 2017

Terakhir

Assalamualamualaikum buat diri sendiri dan buat kamu yang sudi membaca.

Today is the day. Hari terakhir berkerja dan believe me hari ni banyakkk sangat kerja nak kena settle. Baru je settle satu kerja dan yang lain akan menyusul. Malam tadi tak tidur pun, pukul 4 pagi masih berjaga. Tak tahu apa yang aku fikir semalam. Tak tahu salah dan silap aku kat mana, tak tahu semua ni perasaan je ke atau memang fakta. Penatnya nak fikir, tak larat. Tak larat hari hari berperang dengan perasaan sendiri. 

" It's hard to wait for something you know might not happen, 
but it's even harder to give up when you know it's everything that you want. "
--

Boss panggil masuk ofis, aku tahu dia mengharapkan aku untuk ubah fikiran tapi tak, aku tak boleh. Mental aku langsung tak kuat. Tak kuat. Kata bos, dia tahu apa yang jadi, tapi aku tak tahu banyak mana yang dia tahu, sejauh mana cerita yang dia tahu. Aku tak dapat tahan sebak, menangis aku depan bos, macam macam dia nasihat. 

Masa tengah menulis ni pun air mata aku tak berhenti mengalir. 
Dah lama tak nanges sebab benda ni. 
I don't deserve to be humiliated like this .. 
Why did you do this to me, why? 


Bos kata, 
Allah ada berfirman "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" Kamu kena anggap semua ni ujian untuk buatkan kamu jadi lebih kuat. Ingatlah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah, and don't ever let these thing consume you. Jangan biarkan benda benda macam ni affect kehidupan kamu, life kamu. Orang akan lagi seronok tengok kamu jatuh jadi kuatkanlah diri. Show them that whatever that they do, nothing will affect you. Make your life meaningful. If I have to choose one thing that will make my life meaningful, saya akan pilih agama. Cari agama, jangan hanya Islam pada nama, jadilah seorang Mukmin. 

I do appreciate every little things that everyone told me. 
Thanks everyone for being there. 

Salam Jumaat dari aku, 
semoga hari kamu baik baik sahaja. 

Wednesday 15 February 2017

4 pagi.

Dah dua hari berturut-turut terjaga dari tidur pukul 4.00 pagi. Frust aku wehh hahaha! Padahal kan sebenarnya kan aku memang dah detikkan dalam hati, 'oh nanti dah tak kerja nanti, nak tidur awal, bangun seawal 4 pagi, kemas dapur, prepare breakfast ect ect.' Baru detik kan dalam hati je tau, belum niat kan lagi, dah pulak jadi betul betul. Nangeh aku weh, pastu kena paksa diri sambung tidur balik. Nak kata tidur awal tu tak pun, lewat jugak aku tidur sebenarnya. Pukul 11 malam baru terkedek-kedek balik rumah kuut.

Kenapa 4 pagi? Sebab aku ada sejenis perangai suka buat kerja sensorang kat rumah, takde yang menyibuk menyemak, bebel bebel haaa laju je siap, nak masak nak rombak dapur haa apa je bagi jelah, asalkan takde orang, confirm siap. Lagipun aku ingatkan ibu aku still mengajar lagi kat sekolah kat damansara tu eh tuptup bila dia tau aku nak berhenti dia pun berhenti jugak eh eh. Aku dah risau dah ingat boleh 'berkerja' sorang sorang, ni bila ada orang ni habeslahh tak jalan kerja nanti. hahaha alaa bukan tak suka ibu ada kat rumah cuma perangai aku memang gitu. Ibu pun tahu bila aku masak, dia tak leh ada kat dapur, bhahaha. Nanti dia bebel, pastu aku pun bebel balik, last last habes!

Pukul 4 pagi semorang tidur lagi, so good idea tak? bolehla pakej sekali belajar masak, belajar kemas rumah, belajar bangun awal, belajar jadi morning person, gituu.

tapi kekadang perlu jugak ibu kat dapur, sebab dia nak ngajor masak. abah pun dua kali lima perangai, selagi aku takde kat dapur, dia takmau masak. nak tak nak, ada orang ke, tak ada orang ke last last akan masuk dapur gak. tahpape

sekian

Sunday 12 February 2017

#mondaybluesnomore

Okay mental aku dah stabil sikit.

tinggal #empatharilagi je kena kerja, then lepas tu akan jadi penganggur sepenuh masa. Definitely akan jarang keluar makan dah semua tu sebab duit bukan tak ada, cuma saving for future yang kena menganggur entah berapa lama ni kena make sure sentiasa ada. Aku memang akan mengharap pada duit gaji, duit bantuan rakyat je nanti. Macam macam plan ada sepanjang akan menganggur ni, tapi tulah setakat merancang semua boleh buat kan, yang membuatnya? 

ghahaha. 
but first thing first benda pertama yang aku akan buat is aku akan cari kerja dulu, untuk minggu pertama ni kita pulan cari kerja ya, hantar resume semua, by hand, by email, okay fifah? 

lain-lain akan menyusul nanti. 
satu satu, jangan gelojoh.

Friday 10 February 2017

Kenanga

Salam Jumaat,
Jumaat yang kedua terakhir di ofis, #limaharilagi

happy sangat hari ni alhamdulillah rasa cam dah beberapa hari tak happy camni. dan ini first time agaknya keluar shopping baju seluar tudung berteman kawan perempuan dan betul betul spend duit untuk shopping semua semua ni. lagi bertambah-tambah happy sebab dapat karaoke sebabnya aku agak tingtong kebelakangan ni so sangat sangat seronok lah senang cerita release stress jejerit gitu..

bertambah tambah tambah seronok sebab dapat tahu Iman dah selamat deliver baby girl semalam, yayy so happy for her alhamdulillah!

other than that, dulu aktif kat facebook then for some reasons aku beralih ke instagram, tapi sekarang instagram pulak macam overloaded and for some reasons jugak aku dah beralih arah ke blog. tak tahulah aku lari dari apa sebenarnya.

assalamualaikum.

Wednesday 8 February 2017

#waninulis

" Nanti esok lusa
apabila hatimu terjatuh
dalam rangkulan selain aku,
usah dikhabarkan.
Aku mohon jangan ditayang
sedikitpun pembayang.
Aku rayu jangan disua
secebis pun tanda.
Aku tidak mahu tahu.
Aku tidak mampu
dicuri mimpi-mimpi aku
dalam lena
apalagi
dalam jaga."

thisss

Tuesday 7 February 2017

Mengong

Aku tak macam ni tau dulu, fifah kau dah okay dah hari tu, cuba okay-kan diri balik.
Alahai kenapalah jadi macam ni, kan dah tak tentu arah balik pipah ui.

Penat tau nanges hari-hari walhal takde mende pun, negatif sangat lah kau ni pipah.
Bila nak berubah ni? Sekeh kang satgi.

Okay - okay kita start all over again.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dah nak berhenti kerja kan? 10 hari je lagi kan.
So fikir lah apa nak buat.
Kau stress stress ni baik kau doa buat solat taubat banyak banyak ke kan helok.
kikiki okey bai.


Monday 6 February 2017

Come back

Decided to be active in blogging again, and its public. Yes, public.

Dah re-read semua blog post lama aku, tak banyak yang berubah cuma mungkin dulu cara penulisan aku lebih kasar segala carutan karut marut semua keluar, sekarang ni agak tenang, dan akan seboleh-bolehnya baca dan fikir sepuluh kali sebelum nak publish post. Kalau boleh tak mahu gaduh disebabkan oleh blog lagi. Tak akan exposed banyak pun dalam blog ni cuma akan ada selitan sedikit tentang itu dan ini tapi selalunya lah orang akan tahu juga pucuk pangkal cerita, tapi tak apalah. I'll be myself. Just don't talk bad about others, then everything will be good.

Sekarang ni umur aku dah menginjak ke dua puluh lima tahun, masih tak reti berkawan macam dahulu serba serbi kekok, fikiran terlampau negatif sampai kadang kadang memudaratkan diri sendiri, dulu suka melawa sekarang dah tak reti nak melawa langsung sebab self confidence drop teruks, tidak bersendiri dah ramai kawan alhamdulillah, dah kurus juga sampaikan aku makin risau sebab makin kurus apa lagi haa itu je lah, kalau ada nanti tambah, ohh aku dah berkerja dan dah nak berhenti kerja dah pun sekarang ni in about less than two weeks? yay mereput la lepas ni

Other than that, I'm trying my best to enjoy and appreciate my life a little bit more.
So, hello blogging world.
I've missed you.