" Allah hears every unspoken word, sees every unseen wound, mends every unbearable pain "

Sunday 26 February 2017

Tak rajin

Aku baru perasan yang post terakhir aku tu salah tarikh padahal aku update pada hari kejadian, eh blog aku ni aip!

okey assalamualaikum.

Sebenarnya aku rajin je nak update blog hari hari, macam macam nak update tapi typeboard surface aku dah tak functioning so ini pun aku update blog guna laptop adik aku. Jam sekarang menunjukkan pukul 2.28 pagi dan aku berseorangan kat rumah, ibu abah balik kampung, adik aku dua-dua ekor keluar grr so aku boleh je kot nak keluar pergi Uptown Shah Alam ke, Uptown Danau Kota ke tapi masalahnya sekarang ni aku tengah cuba untuk disiplinkan diri sendiri. Seminggu duduk rumah lemau sikit lah sebab tak buat apa benda sangat, masak pun gitu gitu setakat sardin, telur goreng, telur masak kicap, sup sayur, nasi goreng, ikan goreng ekeleh semua orang boleh buat pipah. Tapi effort tu penting okay, EFFORT tu! Ingat aku rajin sangat ke nak masak haaa lagi lagi bila tak ada yang menghabiskan lauk lagilah zzz sangat kan.

Azam nak bangun 4 pagi terbantut, sebab not as easy as I think. So aku ubah, instead of bangun 4 pagi, aku cuba untuk kemas dapur siap siap sebelum tidur, as simple as that. Cuma satu je yang takleh elak akan bersepah jugak is, ruang tamu .. sebab ibu abah aku tidur situ so tilam bantal dan macam-macam lagi akan bersepah kat depan tu. Aku geram betul, bilik tidur atas bawah ada, nak tidur ruang tamu jugakkk, alahaiii lah ibu, alahai lah abah. Atas lantai tu jugaklah diorang nak baring lena rehatkan badan semua.

Hujan dua tiga hari ni buat aku stress sikit sebab baju banyak yang dibasuh, banyak yang di sidai, dua hari sidai tak kering kering grr. Tapi hujan kan rahmat tak baik tau aku ni, bila hujan turun aku tak yah siram pokok, bhahaha. Okay em. Lagi satu stress sebab ibu abah aku punya baju ya rabbi banyak gila aku rimas tengok, belilah hanger sejuta kali pun confirm tak cukup. Sekarang ni aktiviti merombak bilik tidur ibu abah aku tu memang in the list, nak rombak peti ais lagi, tak tengok lagi almari kasut kat belakang rumah, astaghfirullah nauzubillah kalau aku ada super power aku campak je almari tu dengan kasut kasut tu masuk tempat pembuangan sampah.

Aku kalau dah start mengemas mulalah nak membebel kan.
Ini belum kemas pun dah membebel.


semangat kerajinan cepatlah mai I need youu.

No comments:

Post a Comment