" Allah hears every unspoken word, sees every unseen wound, mends every unbearable pain "

Thursday 13 October 2016

Motivated

"Everytime I review my work with boss, no matter how many problems I have with it, I always end up feeling motivated after that." - tweeted by a friend I followed on twitter. I fav-ed and retweet-ed that few months back. Just done meting with boss and the rest, I am still feeling motivated right now. Despite of all the stress and problems I have around me. Still, I can't deny he is a great boss.

Something happened, I shall call it mess. A mess.

So, mess datang out of sudden. Disebabkan mess, fikiran aku agak terganggu pertengahan bulan lepas dan masih terganggu sampailah ke hari ini. Itu yang asyik meroyan tak tentu pasal, menangis tiba tiba, kepala serabut, kerja tak boleh nak fokus, mental block, benda kecik pun aku besarkan, macam macam lah. Pokok pangkalnya semua sebab mess. Mess ni adalah sejenis masalah yang aku tak boleh nak selesaikan, just hoping that Allah will protect me in any way that He can and hoping that He will give me strength in facing all these problems. Wallahi I'm not that strong. Itu sahaja lah buat masa ni.

So kerja aku memang sangat-sangatlah terganggu, ambil emergency leave untuk satu hari sebab memang tak boleh nak fokus, mata nangis tak berhenti. Masa tu aku cuma nak balik dan cerita kat abah je apa yang jadi. Itu je. Sehari tak cukup, I need more, probably one month. Memang September is a month of hell for me lah senang cakap.

Boss risau dan marah dan ntah apa apa lah lagi. Sebab performance kerja aku drop teruk, sampailah ke hari ini masih drop. Aku masih struggle, mencari kekuatan disebalik setiap sesuatu yang jadi sekarang ni. Slowly getting it lah.

Boss, I am feeling motivated every time after meeting you but one fine day I still have to leave the company. Just don't put high hopes on me.

Regards,
ME


Friday 8 July 2016

Saturday

Raya ke 3

Sorang sorang dalam ofis. I choose to work walhal orang lain semua cuti sebab cuti aku dah nak habis dan alasan cuti aku banyak habis sebab hari sabtu kerja. Its a must in my company. Aku rasa aku muda lagi dan banyak benda aku boleh buat untuk diri aku sendiri pada hari sabtu. Jiwa remaja ke dewasa aku ni ntahla memberontak nak explore hidup, nak buat itu dan ini. Aku bukan hamba kerja dan aku tak boleh terlalu fokus dalam satu satu benda - aku senang stress dan yes aku sangat kuat memberontak dan melawan. Semua kena buat moderate - not too much. Kalau tak you will see the other side of me yang memang korang tak pernah imagine pun aku sekurang ajar itu sebenarnya. Tahap toleransi aku dengan orang sangat rendah - sangat. Pushing me too much will just turn me into someone I'm not.

Kalau satu hari nanti aku nak berhenti kerja - the reason will be tak nak kerja hari sabtu. 

Aku ada banyak benda nak explore. 

Banyak sangat benda nak buat - aku nak travel even dalam negara pun cukup - aku nak join kelas belajar berenang - aku nak hiking at least - aku nak ada healthy lifestyle workout or go to gym at least tiga kali seminggu - aku nak join kelas mengaji, kelas agama atau apa apa program focusing more on life after death - aku nak improve kan skill menjahit aku supaya aku boleh cari side income - aku nak ada family time sekurang-kurangnya hari ahad boleh ada kat rumah masak untuk satu keluarga, basuh baju, kemas bilik kemas rumah. 

Ini bila satu hari ahad je cuti, hari tulah nak membasuh, nak melipat, nak memasak nak mengemas memang one whole day kat rumah je lah. Masa untuk diri sendiri? - tak ada. 

Aku bukan hidup untuk jadi hamba kerja semata-mata sebab duit. Memang duit is everything tapi duit tak boleh bagi aku kebahagian - being with people whom I love is the real kebahagiaan dan bukannya wang ringgit. I live for myself not for you, not for my boss, not for money, only for me, for my family and of course Him. 

Ini belum kahwin lagi masa untuk diri sendiri tak ada, nanti dah kahwin? I need to be committed with my new life and husband pulak. Kalau husband jenis satu kepala memahami tak apa kalau jenis suruh duduk rumah 24 jam serve dia jaga anak then my whole life is all about what? jadi hamba. 


Saturday 2 July 2016

Ramadhan

Its crazy how connected we are, even thou we are separated.

Tiga hari aku tak dapat tidur. Rupanya ada yang risaukan aku kat seberang sana. Telefon ada tak nak guna, nak jugak tunggu dan dalam dia tunggu tunggu terseksa jiwa raga agaknya. Bila dia terseksa aku pun jadi ikut terseksa kat sini sampai tak boleh tidur. Bahaya betul penangan dia ni lah aduhai. Lepas dah contact baru lena tidur, sabar je lah.

Ramadhan tahun ni biasa - biasa je.
Ibadah, taraweh, qiam, sahur, ngaji, berbuka semua biasa sahaja. Tak macam tahun yang lepas semangat. Tahun ni semangat hilang entah ke mana. Berbuka dekat luar lagi banyak dari kat rumah, dulu pun sama, tapi sekurang-kurangnya dulu berteman sekarang sorang-sorang. Tahun ni banyak pujuk diri sendiri je mengharap orang ajak keluar, nak ajak takut, takut ditolak, pastu sakit hati. Mintak jauh la rasa sakit hati semua ni tak larat nak pendam sakit ni sendiri sendiri, penat.

Seminggu lebih tak sihat hari tu, lepas dah sihat, ibu pula tak sihat. Dah sihat, tak boleh tidur pula! haha sampai ke sudah aku punya pattern tidur terganggu, kerja terganggu, tak habis habis buat silap, serabut kepala ni. Ofis pun serabut dengan perangai aku. Mood raya entah ke mana. Sakit hati dengar lagu raya kat radio hari hari padahal Ramadhan tak habis lagi. Semua benda tak kena sekarang ni. Aku serabut.

Penat.
Hidup macam tak berkat.
Masa tak berkat.
Duit tak berkat.
Semua tak kena.

Friday 17 June 2016

I'm back.

Gosh, its been awhile since I last updated my blog.

Assalamualaikum.

*senyum* Life is good so far lah kot. LOL Aku pun tak tahu la sebenarnya good ke tak. Kadang-kadang okay kadang-kadang down. Lamanyaa tak tulis blog, almost one year. Rindu sangat blog ni. Tak apalah at least I am back now. Selama ni ada orang yang sudi dengar semua cerita luahan rasa suka duka lara aku, sekarang dah tak ada. So thats why, here I am, updating this blog. Orang tu dah nak kahwin dah, so happy for him but at the same time it hurts. It hurts gila babi lah dah berapa bulan dah ni nak dekat setahun lah jugak but aku still belum move on eii bodo tak haaa. Putus cara baik, cuma hati ni susah sangat nak lepaskan dia, susah nak redha, susah nak ikhlaskan hati lepaskan dia pergi. But but! Sekurang-kurangnya dia tak pergi kahwin dengan perempuan yang aku tak suka tu haa. Dia akan kahwin dengan perempuan yang lagi better dari that girl, and of course much much more better than me, so I am happy for him. InsyaAllah he will be happy too, gittew. *senyumlagi* Soal yang ni, kita stop sampai sini dulu, nak tahu into details, if you're a good friend of mine than of course you'll know about it and if you dont know, then you're not one of them. urgh ayat macam kau ni bagus sangat fifah.

Whatever.