" Allah hears every unspoken word, sees every unseen wound, mends every unbearable pain "

Sunday 16 November 2014

Sederhana

Seronok tengok orang hidup bersederhana ni. Agaknya kepala diorang tak berserabut nak fikir beli itu dan ini sebab semuanya serba serbi ala kadar.

Dua minggu lepas aku tidur di rumah kawan, seorang pramugari MAS, tidur dalam bilik adik dia rasanya, katil single, bilik kecil sahaja, guna kipas yang pusing pusing tu, tak pakai air cond pun, ada anak kucing berkeliaran dalam rumah. Sederhana sangat. Aku tidur pun rasa lain, tenang je, walaupun sebenarnya pakai kipas pusing tapi sejuk bukan main, lena tidur aku.

Bukan sekadar kesederhanaan tu je yang aku suka pasal kawan aku sorang ni tapi keakraban dia dengan adik perempuan dia. Terasa macam nak ada kakak atau adik sendiri pula bila tengok mereka berdua ni. Sepanjang join Viper Challenge, kakak dia sikit pun tak abaikan si adik. How responsible she is. *senyum*

Kadang kadang kena tengok benda benda positif sekeliling kita. Boleh buat diri sendiri tersenyum sebenarnya.