Its crazy how connected we are, even thou we are separated.
Tiga hari aku tak dapat tidur. Rupanya ada yang risaukan aku kat seberang sana. Telefon ada tak nak guna, nak jugak tunggu dan dalam dia tunggu tunggu terseksa jiwa raga agaknya. Bila dia terseksa aku pun jadi ikut terseksa kat sini sampai tak boleh tidur. Bahaya betul penangan dia ni lah aduhai. Lepas dah contact baru lena tidur, sabar je lah.
Ramadhan tahun ni biasa - biasa je.
Ibadah, taraweh, qiam, sahur, ngaji, berbuka semua biasa sahaja. Tak macam tahun yang lepas semangat. Tahun ni semangat hilang entah ke mana. Berbuka dekat luar lagi banyak dari kat rumah, dulu pun sama, tapi sekurang-kurangnya dulu berteman sekarang sorang-sorang. Tahun ni banyak pujuk diri sendiri je mengharap orang ajak keluar, nak ajak takut, takut ditolak, pastu sakit hati. Mintak jauh la rasa sakit hati semua ni tak larat nak pendam sakit ni sendiri sendiri, penat.
Seminggu lebih tak sihat hari tu, lepas dah sihat, ibu pula tak sihat. Dah sihat, tak boleh tidur pula! haha sampai ke sudah aku punya pattern tidur terganggu, kerja terganggu, tak habis habis buat silap, serabut kepala ni. Ofis pun serabut dengan perangai aku. Mood raya entah ke mana. Sakit hati dengar lagu raya kat radio hari hari padahal Ramadhan tak habis lagi. Semua benda tak kena sekarang ni. Aku serabut.
Penat.
Hidup macam tak berkat.
Masa tak berkat.
Duit tak berkat.
Semua tak kena.
No comments:
Post a Comment